Kata-kata Pujangga
Orang yang diminta nasihatnya adalah dipercayai. Jika ia memberi nasihat maka berikanlah nasihat yang ia sendiri ingin melaksanakan untuk dirinya sendiri. - Maksud Al-Hadis riwayat At-Tabrani

********

untuk membolehkan anda bersembang pada ruangan CHAT..download dan install JAVA Plugin terlebih dahulu
 
 
 
 
::INFO AM:: <Sejarah>
 
     
   
     
 
 
Papan Perasmian SMK Nabawan
 
 
 

  SMK Nabawan mula dibina sejak tahun 1972 serentak dengan perlaksanaan Rancangan Penempatan Nabawan yang dikelolakan oleh Lembaga Kemajuan Negeri Sabah (LKTNS). Peringkat awalnya, sekolah ini hanya digunakan sebagai sekolah rendah dan dikenali sebagai SRK Kampung Bahagia. Namun, kemajuan akademik telah meningkat setiap tahun dan ramai ibu bapa tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di daerah lain seperti Keningau dan Tenom. Oleh itu SRK Kampung Bahagia telah dijadikan sekolah menengah sementara dan telah dimulakan sejak Januari, 1976 dengan gelaran Sekolah Menengah Kebangsaan Nabawan.

      Pada peringkat awalnya, sekolah kebanggaan masyarakat setempat ini hanya mempunyai 89 orang anak didik sahaja dengan tig akelas tingkatan satu. Bagaimanapun, kata pepatah Melayu, "Sekali bah, sekali pantai berubah" , begitu juga dengan SMK Nabawan, sekarang ini pelajarnya telah meningkat lebih daripada 1, 000 orang dengan tenaga pengajar menjangkau hampir 60 orang. Pelbagai kemudahan juga telah disediakan.

Antara kemudahan infrastruktur dan prasarana yang tersedia ialah seperti asrama lelaki dan perempuan, surau, kantin sekolah, bilik pandang dengar, perpustakaan, dewan serbaguna, makmal sains, pejabat pentadbiran, bilik guru, rumah pekerja KTBM, kedai koperasi, flat guru, gelanggang-gelanggang permainan dan sebagainya. Bangunan sekolah SMK Nabawan yang tersergam indah sekarang ini sebenarnya telah mula dibina sejak 1979 dan siap sepenuhnya pada tahun 1983 dan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Mohammad Adnan Robert, Yang Dipertua Negeri Sabah pada 18 April 1985 bersamaan 28 Rejab 1405.

     

 
 

 

 
 
       
 
     
     

 SKRIN SMKN

 

KEMENTERIAN & JABATAN

 
 
RUJUKAN
 
PAUTAN AKHBAR
 
LAIN-LAIN PAUTAN