Kata-kata Pujangga
Orang yang diminta nasihatnya adalah dipercayai. Jika ia memberi nasihat maka berikanlah nasihat yang ia sendiri ingin melaksanakan untuk dirinya sendiri. - Maksud Al-Hadis riwayat At-Tabrani

********

untuk membolehkan anda bersembang pada ruangan CHAT..download dan install JAVA Plugin terlebih dahulu
 
 
 
 
::INFO AM:: <Lokasi>
 
     
   
     
 
 
 
 
 
 

      SMK Nabawan terletak di sebuah daerah pedalaman Negeri di Bawah Bayu yang majoriti penduduknya terdiri daripada suku kaum Murut. Daerah ini dikenali sebagai Nabawan, Pensiangan. Nabawan adalah satu daripada empat daerah dalam Bahagian Keningau selain daerah Tambunan, Tenom dan Keningau. Dikelilingi oleh bukit-bukau dengan tumbuhan menghijau tentunya menghidupkan suasana yang tenang dan nyaman serta sedap mata memandang. Cuacanya tidak begitu panas dan terasa dingin di pagi hari memang menyegarkan penghuninya.
    
        Walaupun SMK Nabawan terletak di pedalaman Sabah, namun ia tetap memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang berilmu dan bersahsiah. Sekarang ini ramai anak-anak watan Nabawan yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan ada yang berjaya mejejak kaki ke menara gading. SMK Nabawan juga merupakan sekolah menengah tertua di daerah Nabawan. Sejak 33 tahun lalu penubuhan SMK Nabawan pada 1972, SMK Nabawan terus cemerlang mencurahkan bakti kepada masyarakat Nabawan di samping 2 lagi sekolah menengah baru iaitu SMK Sapulut dan SMK Nabawan II.

        

 

 
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

 SKRIN SMKN

 

KEMENTERIAN & JABATAN

 
 
RUJUKAN
 
 
LAIN-LAIN PAUTAN